Rabu, Januari 26, 2011
Bagi Umur
Perciptaan Nabi Adam a.s oleh Allah swt, pada waktu dikeluarkan daripada keturunannya maka dia melihat para nabi yang lahir setelah masanya.
Maka dihatnyanya asa seorang lelaki yang bercahaya, maka Nabi Adam bertanya kepda Allah:
“Siapakah orng ini, Wahai Tuhan ?”
Kata Tuhan:
Ini adalah anakmu Daus”
Adam berkata:
“Ya Tuhan, berapakah umurnya?’
Tuhan menjawab:
“60 Tahun”
Adam memohon kepada Tuhan:
“Ya Tuhan, Tambahlah Umurnya.”
Tuhan berkata:
“Tidak kecuali engkau berikan umurmu kepdanya”
Adapun umur Adam 1040 tahun, pada telah sampai umur Adam maka datanglah malaikat Maut berkata kepadanya “ Telah sampai akhir umurmu ?”
Adam berkata: “Bukankah umurku masih berbaki 40 tahun lagi?”
Dia telah lupa mengenai apa yang yelah diberikan kepada puteranya Daud sa. Maka Allah swt. Menyempurnakan umur Adam 1000 tahun dan untuk Daud 100 tahun.
Selasa, Januari 25, 2011
PERISTIWA PERANG BADAR.
Antara Mus’ab bin Umayr al Abdariy dengan saudaranya Abu Aziz bin Umayr.
Selepas peperangan tamat. Mus’ub terserempak dengan saudaranya Abu Aziz yang berpihak kepada tentara Quraisy. Ketika itu Abu Aziz sedang diikat tangan oleh oleh salah seorang Ansar.
Mus’ab:
“Ikatkan tanganmu (lelaki Ansar) bersamanya erat-erat kerana dia mempunyai ibu yang kaya,mudah-mudahan ibunya akan membayar tebusan kepadamu”
Abu aziz:
“Inikah pesan yang hendak engkau sampaikan kepadaku?”
Mus’ab:
Dia lelalaki Ansar adalah saundaraku bukannya kamu:.
Isnin, Januari 24, 2011
PERISTIWA PERANG BADAR.
Antara Abu Bakar dengan Abul Rahman bin Abu Bakar (anaknya)
Abu Bakar al-Siddiq memanggil anaknya Abdul rahman ( yang ketika itu masih berada di pihak orng Musyirikin)
Abu Bakar:
“Mana harta bendaku hai si kotor?”
Abul Rahman:
“Tak ada yang tinggal kecuali senjata dan hulu kapak sera pedang yang membunuh serat-serat uban.”
Ahad, Januari 23, 2011
PERISTIWA PERANG BADAR.
Jasad Abu Jahal yang pada ketika itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dijumpai oleh Abdullah bin Mus’ud ra. Abdullah kemudian memijak leher Abu Jahal dan merantap janggutnya untuk memenggal kepalanya.
Abdullah:
"Bukanlah Allah telah menghina kamu hai seteru Allah?”
Abu Jahal:
“Apa sebabnya Dia menghinaku? Adakah aku lebih hebat daripada orang kamu bunuh atau aku lebih tinggi dari orang yang kamu bunuh ? Alangkah baiknya kalau bukan seorang petani yang membunuhku. Beritahuku milik siapakah kawasan ini pada hari ini ?”
Abdullah:
“Milik Allah dan RasulNya”
Abu Jahal:
“Aku telah mendaki pendakian yang sukar hal pengembala kambing”
Setelah perbualan itu, Ibn Mas’ud pun memancung kepala Abu Jahal dan dibawa kepada Rasulullah SAW.
Sabtu, Januari 22, 2011
PERISTIWA PERANG BADAR.
eIblis yang menyamar sebagai Suraqah bin Malik bin Ju’shum al-Musiiji takala melihat malaikat turun membantu tentera Islam, mula melarikan diri dengan berpatah balik ke belakang. Maka berlakulah pergadungan antara il=blis dengan tentera musyrik.
Rabu, Januari 19, 2011
Selasa, Januari 18, 2011
Isnin, Januari 17, 2011
Sabtu, Januari 01, 2011
Peristiwa: mencungkil gigi menggunakan gunting
Gara-gara ketawakan jenaka rakannya ketika mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima padah apabila dia tertelan yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa, Kong Lin cuba memuntahkan gunting itu keluar tetapi mata perkakas itu yang tajam semakin menusuk ke dalam kerongkong menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di sini, timur China.
“Ketika lelaki berumur 27 tahun itu tiba, mukanya pucat dan dia berpeluh tanda kesakitan,” kata seorang pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Chen Wei.
“Pesakit mengalami kesukaran untuk menelan dan darah bercampur air liur keluar daripada mulut mangsa,” tambahnya.
Sekumpulan pakar bedah melakukan pembedahan ke atas Lin tanpa suntikan ubat bius kerana bimbang gunting itu akan menusuk lebih jauh ke dalam kerongkongnya jika dia berada dalam keadaan tidak sedar.
“Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 30 minit. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil pada kerongkongnya,” kata Dr. Wei. – Agensi
Jumaat, Disember 31, 2010
Nabi Sulaiman dengan semut
Diriwayatkan bahawa suatu ketika Nabi Sulaiman as lalu di depan lembah semut. Ia mendengar seekor semut yang berteriak kepada teman-temannya dengan rasa takut
“Hai para semut, masuklah ke ke rumah kamu”
Nabi Sulaiman as mengucapkan salam kepadanya:
Semut: “Alaikassalam, walhai yang selalu sibuk dengan hartanya. Demi Allah, aku hanyalah seekor semut yang lemah, aku mempunyai 40,000 pembantu. Setiap pembantu mempunyai 40 baris pembantu yang panjang setiap barisnya antara timur dan barat”
Nabi Sulaiman as:“ Kenapa kamu berwarna hitam”
Semut: “ Kerana dunia adalah tempat musibah dan hitam adalah pakaian orang yang terkena musibah”
Nabi Sulaiman as : “Lalu apa potongan yang ada di tengah-tengah kamu ?”
Semut: “itu adalah tempat untuk beribadah”
Nabi Sulaiman as: “ Kenapa kamu selalu menjauh dari makhluk yang lain?”
Semut: “Kerana mereka selalu lalai maka menjauh dari mereka lebih baik”
Nabi Sulaiman as: “Kenapa kamu bertelanjang?”
Semut: “Beginilah kami lahir ke dunia dan begini juga kamu nanti meninggalkannya”
Nabi Sulaiman as: “Berapa jumlah makanan kamu ?”
Semut: Satu atau dua buah biji”
Nabi Sulaiman as : “Kenapa demikian?”
Semut : “Kerana kami selalu menempuh perjalanan, siapa sedikit bebannya maka punggungnya terasa ringan”
Nabi Sulaiman as: “Apakah sekarang engkau mempunyai suatu hajat?”
Semut: “ Engkau hanya seorang yang lemah dan meminta kepada yang lemah hukumnya haram”
Khamis, Disember 30, 2010
Rabu, Disember 29, 2010
Selasa, Disember 28, 2010
motivasi: penyucian hati
Menurut Dr Ahmad Farid dalam bukunya “GIZI HATI” menyatakan bahawa Ilmu menyecian jiwa lebih penting bagi penuntut ilmu berbanding ilmu tentang ibadat, Ilmu penyucian jiwa tersebut oleh digunakan untuk:-
Isnin, Disember 27, 2010
Ahad, Disember 26, 2010
Sabtu, Disember 25, 2010
Jumaat, Disember 24, 2010
Khamis, Disember 23, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)