Ahad, Ogos 28, 2011
bantuan orang lain
Ingatlah kejayaan yang diperolehi bukan usaha kita semata-mata. Kejayaan kita
adalah kerana bantuan orang lain. Contohnya guru yang mengajar kita. Ibu bapa
yang membimbing dari kecil sehingga dewasa. Rakan-rakan sekuliah dan rakan-
rakan sekerja yang selalu bersama kita. Dan semua kejayaan kita hakikatnya
adalah pertolongan daripada Allah swt
Rabu, Ogos 24, 2011
doa Nabi Daud
Berikut doa Nabi Daud agar disayang Allah:
Rasulullah SAW bersabda: “Di antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud AS beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Ahad, Ogos 21, 2011
Hidup adalah pilihan
Disaat kita menginginkan sesuatu dalam hidup ini, pastikan kalau kita akan
bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya tanpa cepat berputus asa,
yang penting kita perlu mencuba, kecuali takdir sudah menghendaki untuk
tidak kita dapatkan. Hidup adalah pilihan dan semuanya itu memerlukan
sebuah keputusan apa yang kita inginkan dan apa yang kita cari untuk meraih
masa depan yang lebih baik. Berusaha, berdoa dan diikuti dengan tawakkal
Jumaat, Ogos 05, 2011
Empat peringkat nafsu
Empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia
Nafsu Ammarah.
Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada pada peringkat ini tidak merasakan perbezaan di antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, dia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, dia tidak gembira.
Nafsu Lawwamah.
Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
Nafsu Mulhamah.
Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasakan keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
Nafsu Mutmainnah.
Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.
Ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu Maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia.
Manusia yang baik tabiatnya.
Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat.
Manusia yang jahat tabiatnya.
Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya sudah jahat.
Manusia yang berada di pertengahan tabiatnya.
Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.

Langgan:
Catatan (Atom)