Jumaat, Disember 02, 2011
Khamis, Disember 01, 2011
menggunakan pewarna rambut
Wanita rebah, koma lepas warnakan rambut
LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas
mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi
dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup.
Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia
produk L’Oreal Preference yang dipakainya itu.
Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas
menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya,
Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara
kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L’Oreal itu tetapi doktor yang
merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna
rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L’Oreal menawarkan
untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang
mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie.
Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99
peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa
Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam
minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan
untuk mengambil tindakan mahkamah.
Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati
ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya.
Langgan:
Catatan (Atom)