Myspace Cursors @ JellyMuffin.comMyspace Layouts & cursors
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
##########

Khamis, Mac 05, 2009

makanan

Di kisahkan bahawa para sahabat Nabi Muhammad saw pernah menggali parit kira-kira selam 15 hari. Untuk menahan rasa laparnya, mereka mengikat batu di perutnya. Tiba-tiba Jabir menghampiri Rasulullah.

Jabir berkata :“Rasulullah, di rumahku ada sedikit ayam dan sisa roti, Engkau boleh makan di rumahku”

Rasulullah bertanya: “ Sendirian ?”

Jabir berkata: “ Engkau boleh membawa satu atau dua orang bersamamu”


Rasulullah kemudian nail ke atas bukit,

Beginda menyeru : “ Kaum Muhajirin!, Kaum Ansar! Makan hari ini di rumah Jabir ibn Abdullah”

Spontan itu, Jabir tergegas pulang ke rumah dan memberitahu isterinya.

Jabir berkata : “ tolong aku! Rasulullah bersama pasukan Muslim akan makan di rumah kita”
Isterinya bertanya: “Engkau sudah memberitahu Rasulullah tentang persediaan makanan yang ada ?”

Jabir menjawab: “ Ya”

Isterinya bertegas: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”

Rasulullah kemudian mendatangi Jabir.

Nab saw berkata: “Jabir, hari ini tugasmu berjaga-jaga di luar “

Tatkala Rasulullah saw sibuk menyiapkan roti, Jabir mempersilakan sepuluh tentara masuk secara bergilir. Kemudian jabir masuk.

Jabir berkata : “ Aku berfikir persediaan makanan akan habir sehingga kelompok yang masuk kebelakang tidak mungkin dapat bagiannya. Namun kenyataannya mereka makan sepuasnya”

Rasulullah berkata: “ Allah memberkatimu dan keluargamu berkat makanan Engkau”

Jabir berkata: “Nampak makanan seakan tidak tersentuh kecuali sepotong ayam”

Tiada ulasan: