“Ketahuilah engkau bahawa semua mayat yang dibangkitkan setelah mati, diperiksa amalnya dan akan dibalas. Jangan engkau tertipu oleh kumpulan dunia. Ia penuh dengan bencana, kehancuran dan tipuan belaka.
Semua yang di sana akan hancur. Ia terus berputar di antara manusia, tidak abadi. Kadang-kadang membawa kemakmuran dan kebahgiaan, namun di sisi lain mengundang bencana dan tipuan saja. Manusia selalu menjadi sasaran panahnya.
Ketahuilah wahai hamba Allah,
Kamu dapat mengambil pelajaran dari orang yang terdahulu. Meskipun seorang panjang umurnya, kuat tenaganya, banyak gudangnya, luas jajahannya tetapi akhirnya suara mereka lanyap, jasad mereka hancur dan rumah mereka sepi.
Mereka pindah ke rumah yang lain yang beralas,
berpagar dan beratapkan tanah dalam kubur.
Tempatnya sampit, penghuninya asing.
Tidak ada hiburan
Tidak boleh saling berziarah di antara satu sama lain mahupun
Saudara, teman terdekat,
Bangaimana boleh saling berziarah sedang mereka terhimpit dengan liang lahat?
Mereka telah mati setelah hidup,
hancur sesudah berjaya,
tinggal sendirian di liang kubur tanpa teman.
Lama sekali mereka di alam barzah menanti hari kebangkitan seorti engkau menuju kepada bencana yang telah menimpa mereka.
Seperti telah terkongkong dalam liang tersebut,
Bagaiman bila isi kubur telah dikeluarkan dan didi dada pun diperiksa ?
Lalu kamu dihadapkan kepada Allah untuk menanti keputusan
maka hati akan menjerit.
meratap dan menyesali dosa.
Hisab terbuka dan kelihatanlah betapa buruknya dan tercelanya kamu.
Ketika itulah setiap orang akan menerima belasan perbuatannya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan