Myspace Cursors @ JellyMuffin.comMyspace Layouts & cursors
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
##########

Isnin, Ogos 24, 2009

kelebihan kurma

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah tamar [ kurma ] kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah tamar, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "
Tamar /kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

Tamar/kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah tamar selepas melahirkan Nabi Isa as.
Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan tamar membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
Tamar/kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Tiada ulasan: