Selasa, Jun 17, 2008
Ibnu Jauzi
KETOKOHAN IBNU JAUZI
Beliau adalah al Imam al Faraj abd. Al Rahman ibn Ali ibn Muhammad ibn Ali ibn Ubaidaillah ibn Abdillah ibn Hadiy ibn ahmad ibn Muhammad ibn Ja’afar al Juazi. Dilahirkan di Kota Baghdad.
Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti ilmu tafsir, ilmu Hadis, sejarah, astronomi, ilmu matematik, ilmu kedoktoran, fikih dan masih banyak lagi umpamanya ilmu bahasa dan bahasa arab.
Semasa kecil, beliau disibukkan dengan menuntut ilmu, menghafal dan menulis semua pelajaran yang diterima. Ini sangat membantu proses kematangannya dan ingatan yang genuis.
Ibnu Jauzi berkata “ sedikit saya ingin memberitahukan tentang kecintaan sayaan akan ilmu. Saya tidak pernah merasa puas atau kenyang belajar. Apabila saya menemukan suatu buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya, seakan-akan saya menemukan tumpuan harta karun”
Saya pernah melahat daftar isi buku yang berada di Madrasah Nidhamiyah [ perpustakaan terbesar di Kota Baghdad ] yang mencakupi tidak kurang dari enam ribu jilid.
“Kalau saya katakan bahawa saya telah membaca lebih dari dua puluh ribu jilid kitab maka itu belum membuat saya rasa puas dan saya masih akan mencari lagi. Saya banyak mengambil manfaat dengan menilai biografi para salaf, ketinggian semangat, kemampuan menghafal, kekhusyukan dalam ibadat dan aneka ragam pengetahuan mereka yang semuanya itu tidak akan diketahui kecuali oleh orang-orang yang rajin membaca”
Ibnu Jauzi memberi nasihat bahawa sentiasa menjaga waktu “ Ketahuilah, Wahai anakku, sehari ada beberapa jam dan tiap jam terdapat beberapa nafas dan tiap nafas ibarat peti, maka jangan biarkan tiap nafas itu berlalu kosong, yang hanya akan menyebabkan penyesalan di hari kiamat tatkala kamu melihatnya
Perhatikan setiap saat dari waktumu, bagaimana berlalu, jangan engkau tinggalkan kecuali engkau telah menggunakan sebaik mungkin. Jangan engkau lalaikan dirimu, Biasakan melakukan suatu pekerjaan yang mulia dan yang terbaik. Siapkan bekal untuk di liang kubur yang dapat menyenangkanmu tatkala engkau sampai di sana”
Al Hafidh Ibnu Rajab menyatakan sifat Ibnu Jauzi “Beliau tidak meninggalkan satu disiplin ilmu pun kecuali beliau punya karangannya. Lebih dari tiga ratus empat puluh karangan, sebahagian ada yang dijilid sampai dua puluh dua dan ada juga yang cuma terdiri atas beberapa lembar”
Menurut Al-Muzaffiq abdul Latif “ beliau tidak pernah melalaikan waktu sedikit pun, tiap hari beliau menulis empat lembar dan riap tahun dapat menerbitkan karangan tidak kurang dari lima puluh sampai enam puluh jilid.”
Manakala menurut Ibnu Wardi “seandainya karangan beliau dikumpulkan kemudian dibagikan dengan jumlah usianya, maka didapati kesimpulan bahawa beliau telah menulis tidak kurang dari sembilan lembar setiap harinya”
Diriwayatkan oleh Al Qummi pun “ Bahawa sisa pena yang digunakannya untuk menulis, bila dikumpulan ternyata terlalu banyak. Beliau [ Ibnu Jauzi] berwasiat agar sisa penanya digunakan untuk kayu bakar bagi memanskan air mandi beliau bila wafat. Ternyata sisa pena telah digunakan untuk memanaskan air bahkan lebih”
Beliau wafat pada malam Jumaat iaitu 12 Ramadan 597H dan berwasiat agar dikuburnya ditulis bait-bait syairnya iaitu:-
Wahai Zat yang banyak
memberikan ampunan
kepada orang yang banyak berbuat dosa
kepadaNya.
Telah datang
kepadaMu
seorng yang banyak dosa.
Dia
memohon ampunan
ke atas semua kejahatan
yang telah diperbuat
oleh kedua tangannya.
Aku
adalah seorang tamu.
Dan balasan seorng tamu
adalah
diperlakukan dengan baik

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan