Pada suatu hari telah datang seorang ulama ke sebuah bandar seraya berkata dengan penuh sombong kepada seluruh bandar tersebut:
“sesungguhnyya aku bersedia untuk menjawab segala persoalan tidak kira yang paling senang mahupun yang paling susah”
Pada masa tersebut Imam Abu Hanifah turut serta dalam perhimpunan berkenaan.
Imam Abu Hanifah bertanya:
“ Aku ingin bertanyakan kepada kamu dengan satu soalan saja”
Ulama yang sombong;
“Baiklah! Apa soalan kamu itu?”
Imam Abu Hanifah bertanya;
“Jenis apakah semut yang berkata-kata dengan Nabi Sulaiman as, Adakah dari jenis jantan ataupun betina?”
Ulama yang sombong tesebut terdiam bila mendengar soalan berkenaan lalu berkata:
“Hanya Allah saja yang mengetahuinya!”
Mendengar jawapan berkenaan Imam Abu Hanifah menjelaskan;
“sesungguhnya semut itu adalah semut betina”
Ulama yang sombong bertanya pula:
“Apa hujahnya, kenapa kamu berkata ianya adalah semut betina?”
Imam Abu Hanifah berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam AL-QURAN yang bermaksud;
LALU BERKATA RAJA SEMUT [Surah An-Naml: 18 ] Sesungguhnya huruf Ta At Ta’nis bererti semua betina”
Kemudian Imam Abu Hanifah berkata lagi kepada ulama yang sombong “aku tidak mahu menyatakan apa=apa persoalan kepada kamu akan tetapi yang ingin aku perkatakan ialah janganlah kamu tertipu dengan diri sendiri”
Dari buku:
Warkah Hiburan
Penerbit: Darul Nu’Man, KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan