Siang dia berpuasa dan malamnya pula bangun bertahajjud. Demikian dilakukannya sepanjang pengembaraanya menuntut ilmu selama tiga puluh tahun [ 30 tahun] dari satu guru kepada guru yang lain sehingga jumlahnya mencapai 113 orang.
Suatu ketika dia belajar di bawah asuhan seorang guru yang juga ahli sufi terkenal bernama Sadiq. Di situlah Abu Yazid lebih menumpuakan pengelihatan dan pendengarannya hanya pada pelajaran sehingga tidak tahu hal-hal sekelilingnya.
Suatu hari Tuan Guru Sadiq menyuruh Abu Yazid untuk mengambil sesuatu;
Tuan Guru Sadiq berkata “Hai abu Yazid! Tolong ambilkan buku saya.”
Abu Yazid; “ Di mana?”
Tuan Guru Sadiq; “ Di Tingkap”
Abu Yazid lagi; “ Tingkap yang mana ?”
Tuan Guru Sadiq; “Tingkap yang itu, mana ada tingkap lagi “
Abu Yazid, “ Aku tidak tahu”
Tuan Guru Sadiq “Masya Allah! Kamu belajar tinggal di sini sudah bertahun-tahun, takkanlah tak tahu tingkap”
“Abu Yazid menjelaskan, “Tidak. Aku datang ke sini untuk belajar kepadamu bukan untuk melihat tingkap dan lain-lain yang ada di sini. Selama ini mata dan pendengaranku tertutup pada hal-hal lain selain pada pelajaran yang engkau terangkan”
Mendengar jawapan itu tahulah Tuan Guru Sadiq bahawa muridnya itu telah mencapai tarap tinggi kerohaniannya dan telah berhasil apa yang dipelajarinya.
Maka berkatalah Tuan Guru Sadiq kepada Abu Yazid; “kalau demikian, pelajaranmu talah selesai maka kembalilah engkau ke Bustam”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan