Myspace Cursors @ JellyMuffin.comMyspace Layouts & cursors
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
##########

Selasa, Julai 22, 2008

khasiat bawang

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang juga mempunyai banyak kegunaan dan khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :

Pening Kepala: potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
Lemah Otot: ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
Demam Selsema: telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
Susah Hadam: rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.
Serangan Angin: campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Serangan Cacing: amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

Tiada ulasan: