Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.
Khamis, Julai 24, 2008
Kisah lalat
Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya.
Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.
Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.
Dia berfikiran : "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung."
Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?
"agar dengan itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."Jawab Jakfar Shadiq.
Mendengar jawapan itu,Al-Mansur diam.
Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, tetapi ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan