Motivasi adalah suatu perasaan atau keinginan untuk sesuatu. Unsur-unsur lengkap yang perlu ada pada motivasi ialah
1. ada keinginan
2. ada cara
3. ada sesuatu untuk dicapai
membahagikan motivasi pula kepada dua jenis
1. motivasi luaran - motivasi yang diperolehi dari faktor luaran
i.e. dari ibubapa, rakan, buku, website, cd, vcd, pakar motivasi, kursus motivasi, dan lain- lainnya.
2. motivasi dalaman - motivasi yang diperolehi dari faktor dalaman
i.e. keperluan asas, keperluan keselamatan, keinginan kepada kejayaan
Motivasi luaran dan dalaman memainkan peranan yang berbeza.
Motivasi luaran sangat popular sekarang ini sehingga ia dikomersialkan di mana-mana saja dari sekolah tadika hinggalah di pejabat-pejabat. Kita ada program atau kursus motivasi, buku motivasi, cd atau vcd movitivasi, blog atau laman sesawang movitasi dan sebagainya. Ia memberi maklumat dan pengetahuan.
Namun motivasi dalaman memainkan peranan yang lebih utama.Sememangnya motivasi dalaman adalah perlu. Kerana seperti yang saya sebutkan dalam definisi saya tadi, motivasi bagi saya adalah suatu perasaan atau keinginan untuk sesuatu. Oleh itu, walau bagaimana banyak buku dibaca, vcd atau cd yang dimainkan, kursus atau program motivasi yang diikuti, ia perlu ikuti dengan keinginan untuk berubah --> cara untuk berubah --> keperluan untuk berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan