Ahad, September 21, 2008
Petua berpantang lahir anak secara operation
sumber: sue_lekuk@yahoo.com
1. Banyakkan membaca dan mendengar ayat2 al-quran. Surah Luqman, Maryam, Yusuf antara yang elok dikerapkan.
2. Minum air soya, susu, asid folic, kalsium, vitamin c...
3. Sentiasa berbaik dan bermaafan dengan suami, ibu bapa dan ibu bapa mertua untuk memudahkan kelahiran
4. Jaga makanan - elakkan yang shubhat, samada makanannya atau sumbernya, dan yang tak berkhasiat kerana akan jadi darah daging anak juga
5. Banyakkan berdoa pada Allah semoga sihat dan selamat sentiasa dan semoga Allah jadikan anak yang dalam perut itu seorang anak yang soleh, berakhlak mulia, cerdik dan cerdas
6. Banyakkan berjalan dan kurangkan tidur yang melampau untuk memudahkan kelahiran
7. Sediakan dan berikan nama yang baik maknanya
8. Jangan selalu bersusah hati, risau, memendam rasa dan marah2. Selalulah bersenang hati dan ceria
9. Doa dan perhatian suami juga penting...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan