Jumaat, Oktober 31, 2008
Keluasan Neraka
Keluasan Neraka yang amat dasyatUntuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kauberubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruhsupaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum iamerasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.
"Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehinggaputih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidakpernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akandapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allahyg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itudigantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumikerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'anitu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakarorang-orang yang di hujung timur keranasangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,danminumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu adabahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnyadi bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, danorang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isaa. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempatorang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kauterangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "YaJibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah adaseorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bilasembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik darikitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungilautanracun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
sumber: blalang_group-owner@yahoogroups.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan