Selasa, Oktober 14, 2008
marah
Hasan al-Basri pernah berkata:
Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka:(iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan,ketakutan, syahwat dan kemarahan."
Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkansegala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-uratlehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.
Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupapenghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklahmenuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.
Selain itu, seseorang itujuga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri sepertimemukul, menumbuk, menampar dan sebagainya.
Semua ini berkemungkinan akanmendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnyamewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeruwalaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebabyang menyebabkan kemarahan. *
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan