“ Hai Sufyan, dia tidak memerlukan penjagaanmu dan talqinmu serta kemurahanmu kerana sesungguhnya Kami telah bermurah atasnya dan telah mentalqinkannya”
Khamis, Oktober 09, 2008
puasa enam
Dikisahkan dari Sufyan At-Saury, dia berkata “ sesungguhnya aku tinggal di Mekah selama tiga tahun dan pada jangka waktu tersebut ada sesorang lelaki yang setiap harinya di waktu Zohor datang ke Masjid untuk menunaikan solat. Suatu saat sehabis solat, ia mengucapkan salam kepadaku sebelum akhirnya pulung ke rumahnya, begitulah setiap harinya sampai aku berasakan adanya suatu kesatuaan di antara aku dengannya dan aku mulai menyukainya.
Sampai suatu ketika aku mengkhuatirkan setelah tidak bertemu dengannya beberapa hari, sebelum keketahui bahawasanya ia sedang sakit.
Kemudian dia mengudangku dan berkata kepadaku “Jika aku mati maka mandikanlah aku seorang dirimu, solatkanlah aku, kuburkanlah aku dan jangan tinggalkan aku sendirian malam harinya serta talqinkanlah untukku pada saat Munkir dan Nakir menanyakanku”
Aku menyanggupi permintaan itu, ketika ia meninggal maka kupenuhi permintaannya dan malamnya aku tidur di atas perkuburannya
Ketika aku di antara sedar dan tidak dalam tidurku, kudengar ad yang berkata di atasku;
“ Hai Sufyan, dia tidak memerlukan penjagaanmu dan talqinmu serta kemurahanmu kerana sesungguhnya Kami telah bermurah atasnya dan telah mentalqinkannya”
“ Hai Sufyan, dia tidak memerlukan penjagaanmu dan talqinmu serta kemurahanmu kerana sesungguhnya Kami telah bermurah atasnya dan telah mentalqinkannya”
Aku berkata: “Dengan apa?”
Maka dikatakan: “ Dengan puasanya di bulan RAMADAN dan diikuti denan PUASA ENAM HARI di bulan syawal”
Kemudian aku terbangun namun tidak kulihat seorangpun berada disisiku maka akupun berwuduk dan solat kemudian tidur lagi. Dalam tidur ini,kualami kejadian yang serupa sampao tiga hari mak kuketahui bahawasanya itu dari Allah dan bukan dari syaitan lantas aku pergi dari kuburnya saraya berdoa:
Ya Allah, kuatkanlah aku untuk melakukan puasa tersebut dengan kurnia dan keramah-Mu, Amiin.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan