Kehidupan di perkampungan Halimah Sa’diyah memang susah. Setelah baginda hidup bersama Khadijah iaitu isterinya. Halimah Sa’diyah sentiasa datang ke Makkah mengunjungi Nabi. Setiap Halimah Sa’diyah datang, nabi memanggilnya “ibu...ibu”.
Baginda membentangkan selendang atau bajunya dan menyuruh ibu susunya tersebut duduk di atasnya. Selain penghormatan dan jamuan makan diberikan kepada ibu susunya berkenaan, baginda juga memberikan kepadanya pelbagai macam barangan keperluan untuk dibawa pulang ke kampong.
Pernah suatu ketika diperkampongan Halimah Sa’diyah mengalami keadaan kesusahan untuk mendapatkan keperluan hidup. Halimah Sa’diyah berangkat ke Makkah menemui baginda kemudian baginda memberikan seekor unta dan empat puluh ekor kambing kepada ibu susunya.
Suwaibah Aslamiyah juga melayan seperti ibu susunya dengan sentiasa menghantar makanan dan barangan keperluan kepadanya.
Walaupun Nabi telah berhijarah ke Madinah, baginda tetap ingat kepada ibu susunya yang berada di Makkah. Baginda mengirimkan pelbagai makanan dan keperluan kepada Sawaibah sehingga Suwaibah wafat. Walaupun Suwaiyah telah meninggal dunia. Baginda bertanyakan siapa kuam kerabat Suwaibah yang masih hidup untuk menerima pemberian yang pernah dilakukan kepada Suwaibah. Bila mereka mengetahui bahawa Suwaibah tiada ada waris, barulah baginda menghentikan perberian berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan