Selasa, April 28, 2009
Ahad, April 26, 2009
Unborn Baby Grabs the hand of Surgen
sumber: Zuraini Jamaluddin zuera77@yahoo.com
A picture began circulating in November. It should be 'The Picture of the Year,' or perhaps, 'Picture of the Decade.' It won't be. In fact,unless you obtained a copy of the US paper which published it, you probably would never have seen it.
The picture is that of a 21-week-old unborn baby named Samuel Alexander Armas, who is being operated on by surgeon named Joseph Bruner.
The baby was diagnosed with spina bifida and would not survive if removed from his mother's womb. Little Samuel's mother, Julie Armas, is an obstetrics nurse in Atlanta . She knew of Dr Bruner's remarkable surgical procedure. Practicing at Vanderbilt Univ Med Ctr in Nashville , he performs these special operations while the baby is still in the womb.
During the procedure, the doctor removes the uterus via C-section and makes a small incision to operate on the baby. As Dr Bruner completed the surgery on Samuel, the little guy reached his tiny, but fully developed hand through the incision and firmly grasped the surgeon's finger. Dr Bruner was reported as saying that when his finger was grasped, it was the most emotional moment of his life, and that for an instant during the procedure he was just frozen, totally immobile.
The photograph captures this amazing event with perfect clarity The editors titled the picture, 'Hand of Hope.' The text explaining the picture begins, 'The tiny hand of 21-week-old fetus Samuel Alexander Armas emerges from the mother's uterus to grasp the finger of Dr Joseph Bruner as if thanking the doctor for the gift of life.
Little Samuel's mother said they 'wept for days' when they saw the picture. She said, 'The photo reminds us pregnancy isn't about disability or an illness, it's about a little person.'Samuel was born in perfect health, the operation 100 percent successful.
Now see the actual picture, and it is awesome....incredible.....and hey, pass it on. The world needs to see this one!
Sabtu, April 25, 2009
Iblis gentar
Amalan yang menyakiti iblis
Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.
“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.
Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan:
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab,
Iblis menjawab,
“Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya,
Soal baginda seterusnya,
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab,
Iblis menjawab,
“Taubat orang yang bertaubat.
”Nabi Muhammad meneruskan soalan:
“Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”
Dan dijawab iblis,
Dan dijawab iblis,
“Di bawah kuku manusia.”
Jumaat, April 24, 2009
70,000 anak bantu iblis
IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.
Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.
Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”
Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”
Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”
“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”
“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”
“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”
“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”
“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”
“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”
“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”
“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya.
Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”
“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka."
“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”
“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.
Khamis, April 23, 2009
Sabtu, April 18, 2009
Khamis, April 16, 2009
Satu Persoalan
22 Soalan Paderi Dan Satu Persoalan Pemuda Muslim.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s. w. t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.
Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?
"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.
""Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?""
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut,
pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allahs. w. t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. . " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang." (Yusuf: 98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w. t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.
Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata,
"Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnyapun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!
"Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.
"Paderi pun berkata, "J
awapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
"Lantas paderi dan orang-orang yang hadirdi gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**
Sumber: Buku Para Wali Allah
Kerya Allamah Alyafi'iy
disusun: Syed Ahmad Semait
Isnin, April 13, 2009
terkurong di bilik mandi
Petikan: JANGAN BERSEDIH.
Penulis buku tersebut pergi ke Dammam untuk menemui seorang kawannya tetapi kawannya menyatakan dia lambat keluar dari kerjanya. Akhirnya penulis menuju salah sebuah hotel.
Hotel tersebut tidak ramai kerana bukannya musim cuti dan berkelah dan dia menyewa bilik di tingkat empat.
Apabila penulis masuk ke bilik dan meletakkan beg ke atas tempat tidur terus ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dengan menutup pintu bilik mandi tersebut.
Selepas berwuduk, penulis membuka pintu bilik mandi tetapi tidak dapat dibuka. Beliau telah mencuba dengan pelbagai cara namun tidak berhasil.
Beliau terpaksalah berada di tempat yang sangat sempit, tiada lubang udara, tiada telepon, tiada kawan dan tetangga yang boleh dipanggil untuk meminta pertolongan. Beliau berada di sana selama tiga [3] jam.
Dalam masa tiga jam, keringatnya membanjir dan hati terasa kering.
Badannya mula menggigil kerana memikir beberapa perkara:-
1. Tempat yang sangat sempit dan asing.
2. Peristiwa tersebut berlaku dengan tiba-tiba.
3. Tiada komunikasi .
4. Tidak sampat memberitahu kawan atau kerabat.
5. Semua kenangan muncul.
Akhirnya beliau berfikir untuk menetuk pintu dengan sekuat-kuatnya dan menggoncang sehingga badannya menjadi lemah dan gementar, beliau berhenti sebentar kemudia meneruskan sehingga terbuka dan beliau merasa seperti baru keluar dari kuburan.
Beliau bersyukur kepada Allah atas apa yang sudah berlaku. Terfikir oleh penulis bahawa berapa manusia tidak berdaya, keupayaan terhad dan kematian selalu mengintai dirinya.
“Di mana jug kamu berada. Maut akan mendapatkan kamu [kala sampai ajal]. Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh” - SURAH AN-NISA: 78
Penulis buku tersebut pergi ke Dammam untuk menemui seorang kawannya tetapi kawannya menyatakan dia lambat keluar dari kerjanya. Akhirnya penulis menuju salah sebuah hotel.
Hotel tersebut tidak ramai kerana bukannya musim cuti dan berkelah dan dia menyewa bilik di tingkat empat.
Apabila penulis masuk ke bilik dan meletakkan beg ke atas tempat tidur terus ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dengan menutup pintu bilik mandi tersebut.
Selepas berwuduk, penulis membuka pintu bilik mandi tetapi tidak dapat dibuka. Beliau telah mencuba dengan pelbagai cara namun tidak berhasil.
Beliau terpaksalah berada di tempat yang sangat sempit, tiada lubang udara, tiada telepon, tiada kawan dan tetangga yang boleh dipanggil untuk meminta pertolongan. Beliau berada di sana selama tiga [3] jam.
Dalam masa tiga jam, keringatnya membanjir dan hati terasa kering.
Badannya mula menggigil kerana memikir beberapa perkara:-
1. Tempat yang sangat sempit dan asing.
2. Peristiwa tersebut berlaku dengan tiba-tiba.
3. Tiada komunikasi .
4. Tidak sampat memberitahu kawan atau kerabat.
5. Semua kenangan muncul.
Akhirnya beliau berfikir untuk menetuk pintu dengan sekuat-kuatnya dan menggoncang sehingga badannya menjadi lemah dan gementar, beliau berhenti sebentar kemudia meneruskan sehingga terbuka dan beliau merasa seperti baru keluar dari kuburan.
Beliau bersyukur kepada Allah atas apa yang sudah berlaku. Terfikir oleh penulis bahawa berapa manusia tidak berdaya, keupayaan terhad dan kematian selalu mengintai dirinya.
“Di mana jug kamu berada. Maut akan mendapatkan kamu [kala sampai ajal]. Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh” - SURAH AN-NISA: 78
Ahad, April 12, 2009
Sabtu, April 11, 2009
Jumaat, April 10, 2009
Rabu, April 08, 2009
Selasa, April 07, 2009
Isnin, April 06, 2009
peringatan bumi
10 peringatan bumi
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Sumber:aaki91@yahoo.com
Ahad, April 05, 2009
ringan tapi berat
Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu.
Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut.
Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata,
Katanya ' Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. '
Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Sabtu, April 04, 2009
jari
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan ,
Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
Jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
Jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Jumaat, April 03, 2009
Khamis, April 02, 2009
Rabu, April 01, 2009
8 golongan
Rasulullah saw. bersabda:
“ Ketika Allah jadikan Syurga, berkata padanya: “Katalah!”
Dia berkata: “ Berbahagialah orang yang memasukiku”
Lalu Allah berkata: “ Demi kemulia dan keagungan-Ku, tidak akan memasukimu lapan [8] golongan: Orang yang membiasakan minum arak, berzina, menfitnah, dayus, orang yang buas, lelaki yang suka menyerupai perempuan, orang yang memutuskan sanak saudara dan orang yang tidak memenuhi janjinya pada-Ku.
Dia berkata: “jika Allah berbuat demikian...., maka aku berjanji kepada Allah, akan demikian..” namun tidak dia penuhi”
“ Ketika Allah jadikan Syurga, berkata padanya: “Katalah!”
Dia berkata: “ Berbahagialah orang yang memasukiku”
Lalu Allah berkata: “ Demi kemulia dan keagungan-Ku, tidak akan memasukimu lapan [8] golongan: Orang yang membiasakan minum arak, berzina, menfitnah, dayus, orang yang buas, lelaki yang suka menyerupai perempuan, orang yang memutuskan sanak saudara dan orang yang tidak memenuhi janjinya pada-Ku.
Dia berkata: “jika Allah berbuat demikian...., maka aku berjanji kepada Allah, akan demikian..” namun tidak dia penuhi”
[diriwayatkan Ibnu Omar = Sumber: Penenang Hati oleh Imam Al-Ghazali ]
Langgan:
Catatan (Atom)