Isnin, April 13, 2009
terkurong di bilik mandi
Petikan: JANGAN BERSEDIH.
Penulis buku tersebut pergi ke Dammam untuk menemui seorang kawannya tetapi kawannya menyatakan dia lambat keluar dari kerjanya. Akhirnya penulis menuju salah sebuah hotel.
Hotel tersebut tidak ramai kerana bukannya musim cuti dan berkelah dan dia menyewa bilik di tingkat empat.
Apabila penulis masuk ke bilik dan meletakkan beg ke atas tempat tidur terus ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dengan menutup pintu bilik mandi tersebut.
Selepas berwuduk, penulis membuka pintu bilik mandi tetapi tidak dapat dibuka. Beliau telah mencuba dengan pelbagai cara namun tidak berhasil.
Beliau terpaksalah berada di tempat yang sangat sempit, tiada lubang udara, tiada telepon, tiada kawan dan tetangga yang boleh dipanggil untuk meminta pertolongan. Beliau berada di sana selama tiga [3] jam.
Dalam masa tiga jam, keringatnya membanjir dan hati terasa kering.
Badannya mula menggigil kerana memikir beberapa perkara:-
1. Tempat yang sangat sempit dan asing.
2. Peristiwa tersebut berlaku dengan tiba-tiba.
3. Tiada komunikasi .
4. Tidak sampat memberitahu kawan atau kerabat.
5. Semua kenangan muncul.
Akhirnya beliau berfikir untuk menetuk pintu dengan sekuat-kuatnya dan menggoncang sehingga badannya menjadi lemah dan gementar, beliau berhenti sebentar kemudia meneruskan sehingga terbuka dan beliau merasa seperti baru keluar dari kuburan.
Beliau bersyukur kepada Allah atas apa yang sudah berlaku. Terfikir oleh penulis bahawa berapa manusia tidak berdaya, keupayaan terhad dan kematian selalu mengintai dirinya.
“Di mana jug kamu berada. Maut akan mendapatkan kamu [kala sampai ajal]. Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh” - SURAH AN-NISA: 78

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan