- Jaga perasaan orang sekeliling
Jumaat, Jun 19, 2009
Etika untuk perokok
Etika # 1
- Jaga perasaan orang sekeliling
- Jaga perasaan orang sekeliling
Berdasarkan situasi seperti ketika di dalam kereta, perokok tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menyalakan api rokok tanpa menghiraukan perasaan penumpang yang lain. Keadaan bertambah buruk apabila dalam kereta berkenaan dinaiki ibu mengandung.
Asap rokok bukan sahaja membahayakan wanita yang mengandung, malah bayi dalam kandungan juga berisiko untuk menerima kesan negatif asap rokok berkenaan. Cara yang paling baik adalah meminta izin kepada penumpang sama ada anda boleh meneruskan merokok atau tidak. Jika mereka keberatan memberi kebenaran, hormatilah hak meraka. Anda boleh meminta pemandu untuk berhenti seketika.
Dalam pada itu, anda boleh merokok sama ada di bawah pokok atau di tepi-tepi jalan. Menghormati perasaan orang lain adalah etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh perokok terutamanya perokok tegar.
Etika # 2
- Gunakan zon merokok
Hak bukan perokok juga lebih terpelihara kala ini, yang mana ada sesetengah restoran atau kafe menyediakan zon merokok dan zon larangan merokok. Pembahagian zon-zon sebegini sebenarnya memberi kelebihan dan keselesaan kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya perokok tidak membahayakan pelanggan yang tidak merokok.
Jika anda terjumpa zon-zon begini, seharusnya perokok pergi ke kawasan itu untuk meneruskan niat di hati. Jangan abaikan zon-zon yang disediakan khas untuk perokok ini. Ia bertambah kurang elok jika anda ingkar dan tidak menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan.
Etika # 3
- Amalkan kebersihan
Ketika di rumah juga, para perokok perlu mengamalkan kebersihan dan peraturan sebagaimana ketika berhadapan dengan masyarakat umum. Jangan mengambil kesempatan dengan kebaikan dan sifat memahami seorang isteri. Walaupun isteri anda tidak bising-bisinga dan membebel dengan keinginan anda, anda perlu menghormati haknya. Yang mana, anda tidak boleh merokok ketika sedang berbual dengannya.
Jika perlu, anda boleh keluar daripada rumah untuk merokok, sama ada di luar rumah atau di bawah pohon-pohon berdekatan rumah. Tidak salah jika merokok di dalam tandas, jika tandas itu dikhaskan untuk anda seorang saja (kerana aliran udara di tandas boleh berbahayakan kesihatan orang lain yang tinggal bersama anda) dan anda perlu pastikan habuk rokok dibersihkan dengan kemas dan putung rokok tidak dibuang merata-rata. Disiplin sebegini sebenarnya memberi kelebihan kepada keluarga dan anak-anak yang memandang anda sebagai ketua keluarga.
Etika # 4
- Belajar cara kurangkan merokok
Sebolehnya, perokok belajar setiap hari bagaimana cara-cara untuk mengurangkan jumlah pengambilan rokoknya. Sekarang ini ada pelbagai produk yan gdiperkenalkan untuk membantu perokok mengurangkan kadar hisapan harian mereka. Ia boleh diperolehi sama ada di farmasi ataupun dibeli dengan orang perseorangan.Perlakuan merokok ini tidak diwarisi.
Belum tentu ayah yang merokok akan melahirkan ana yang merokok dan begitulah sebaliknya. Namun, ia boleh dicegah apabila seseorang sedar akan hakikat merokok itu tidak memebri kebaikan melainkan pembaziran wang semata-mata. Seseorang yang tidak merokok juga tidak boleh secara terang-terangan mempertikaikan perlakuan seseorang yang merokok. Apatah lagi jika mereka merokok di dalam zon merokok.
Menegur mereka dengan cara berhemah adalah lebih baik lagi dan siapa tahu, lama-kelamaan keinginan untuk berhenti merokok hadir dalam diri mreka.Larangan merokok di kali lima juga memberi kelebihan kepada perokok. Sekurang-kurangnya imej negatif tidak membelenggu diri perokok itu sendiri. Hal ini kerana, ramai wanita yang meletakkan syarat ‘tidak merokok’ sebagai kriteria utama mencari pasangan hidup.
Namun, jika jodoh mereka bertemu dengan lelaki yang merokok, pasangan ini perlu berbincang sama ada si lelaki perlu berkorban untuk berhenti merokok atau wanita pula perlu belajar memahami dan memberi garis panduan yang terbaik agar ia tidak memberi impak negatif kepada keluarga berkenaan. Jangan kerana sebatang rokok, pasangan harmoni bertukar menjadi huru-hara.
e-mail: bawangoreng@gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan