Peningkatan risiko penyakit ini berkaitan dengan varian dalam kromosom 5, 6 dan 12 yang dijalankan ke atas kod genetik pada 730 lelaki yang menghidap kanser testis berbanding dengan lelaki sihat.
Pesakit yang mewarisi kumpulan tiga varian itu bakal mendapat risiko kanser sehingga empat kali ganda yang dinamakan sel gem testis tumor.
Kajian berkenaan diterbitkan secara atas talian dalam jurnal Nature Genetics.
Elizabeth Rapley dari Institut Penyelidikan Kanser Surrey berkata, jika salah seorang ahli keluarga mendapat kanser testis, warisnya mungkin akan menghidapinya.
"Kami sedang mencari kaitan genetik antara mereka," katanya.
Kadar kanser testis adalah 7.5 kes dalam 100,000 lelaki tetapi kadarnya berubah antara negara.
Kajian menunjukkan risiko adik-beradik mendapat kanser testis adalah lapan hingga 10 kali lebih tinggi daripada populasi biasa manakala bapa pesakit mempunyai risiko empat hingga enam kali lebih tinggi.
Kanser testis sebenarnya boleh dirawat 99 peratus jika dapat dikesan pada peringkat awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan