“Pernah pada suatu malam sebelum msa terutusnya Rasulullah saw, aku tidur dan bermimpi seakan-akan Makkah diliputi dengan kegelapan sehingga tidak boleh melihat tangannya sendiri.
Ketika itu keluarlah cahaya dari telaga zamzam lalu naik ke langat dan menerangi Baitul-Haram dan menrangi seluruh Makkah. Kemudian cahaya itu menuju ke kebun kurna Yatsrib lalu menyinarinya sehingga seakan-akan aku melihat ada kurma yang belum matang di sana.
Akupun terkejut dan menceritakannya kepada saudaraku Amr bin Said. Dia adalah seorang yang dapat menagsirkan mimpi.
Dia berkata:
Hai saudaraku, perkara ini terjadi pada Bani Abdul Muthalib tidakah kau melihat bahawa cahaya itu keluar dari Telaga bapa mereka”
Khalid berkata:
“Sesungguhnya ini benar-benar termasuk dari apa yang Allah telah tunjukkan kepadaku agar aku masik Islam”
Ibu Khalid berkata:
“Orang yang pertama masuk Islam adalah anakku”
Khalid telah menceritakan mimpinya kepada Rasulullah saw, dan Nabi bersabda:
“ Wahai Khalid, Demi Allah cahaya itu adalah aku dan akulah Rasulullah”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan