Ketika dia memasuki Kota Madinah, masyarat di sana beramai-ramai menyambutnya sehingga mereka hampir bunuh keran berdesak-desak.
Pemaisuri raja yang kebetulan menyaksikan kejadian tersebut bertanya. “Siapa orang yang datang ke Kota kita ini?”
“Dia adalah salah seorang ulama Islam”Jawab Pelayannya.
Kemudian dia berkata kepada puteranya, “Perhatikanlah bagaimana masyarakat beramai-ramai mendatangnya. Raja yang yang satu ini tidak sepeti kamu. Jika kamu menginginkan sesuatu, kamu harus melakukan tetapi mereka mendatanginya sukarela.”
Sebenarnya Abdullah adalah anak seorng hamba berkulit hitam bernama Mubarak. Hamba ini berbetis kecil. Bibirnya tebal dan telapak kakinya pecah-pecah. Walaupun begitu dia asalah seorang yang sangat warak. Kewarakannya ini akhirnya melahirkan anak yang soleh.
Mubarak bekerja sebagai penjaga kebun selama dua tahun . Suatu hari tuannya datang ke kebunnya.
“Mubarak, petikkan aku anggur yang manis” Perintah tuanya.
Mubarak pergi sebenar lalu kembali membawa anggur dan menyerahkan kepada tuannya.
“Mubarak. Anggur ini masam rasanya, tolomg carikan yang manis!” Kata tuannya.
Mubarak segara pergi dan tidak lama kemudian dia kembali dengan anggur yang lain dan apabila dirasa oleh tuannya sama seperti awal tadi.
“Kamu ni kenapa? Aku suruh petik anggur yang manis tetapi kamu tetap memberiku anggur masam, padahal kamu telah dua tahun tinggal di kamu ini.” Tegur tuannya dengan perasaan kesel.
Tuanku, aku tidak dapat membezakan anggur yang manis dengan yang masam kerana kamu hanya mengupah aku sebagai penjaga di kebun ini. Sejak tinggal di sin, aku belum pernah merasakan sebutir anggur pun, jadi bagaimana aku dapat membezakan yang manis dari yang masam?” jawabnya
Tuannya terpegun mendengar jawapan Mubarak. Dia seakan-akan memikirkan sesuatu kemudian dia pulang ke rumah.
Pemilik kebun itu memilik seorang gadis. Ramai pedagang kaya telah melamar anaknya namun ditolak.
Setibanya di rumah, dia berkata kepada isterinya. “Alu telah menemui calon suami anak kita.”
“Siapa dia?” tanya isterinya.
“Mubarak, hamba yang menjaga kebun kita.”
“kenapa dengan kamu ni? Takkan puteri kita hendak dinikahkan dengan seorang kulit hitam yang tebal bibirnya. Walaupun kita setuju, sebelum tentu anak kita sudi menikah dengan hamba itu?”
“Cuba kamu beritahu kepadanya, aku lihat budak itu sangat warak dan takut kepada Allah.”
Kemudian isteri tuan tersebut pergi menumui anak gasisnya”Ayahku akan menikahkanmu dengan seorang hamba bernama Mubarak. Aku datang untuk meminta pesetujuaanmu.”
“ibu,jika kamu berdua telah setuju, aku pun setuju. Siapakah yang mampu memperhatikanku lebih tulus dari kedua orang tuaku? Lalu mengapa aku hendak menolak?”
Orang kaya raya iru kemudiannay menikahkan anak gadisnya dengan Mubarak. Dari pernikahnya ini lahirlah Abdullah bin Mubarak,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan