Sabtu, Jun 12, 2010
Lidah
Tuntutan Memelihara Lidah
Oleh : Mohd Rumaizuddin Ghazali
Walaupun lidah merupakan anggota zahir yang kecil bagi setiap insan tetapi ia tetap mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Sejarah membuktikan lidah mampu menimbulkan pelbagai sentimen yang menyebabkan manusia terus memburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Jika tidak dikawal, lidah boleh membawa berlakunya pelbagai kejahatan.Justeru itu, memelihara lidah adalah sangat dituntut oleh Islam.Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh mengugat keharmonian masyarakat dan keluarga, Beberapa banyak penaniayaan, keruntuhan rumah tangga, permusuhan dan pembunuhan berlaku hanya disebabkn oleh lidah.
Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, Islam menganjurkan bagi manusia untuk berdiam daripada mengucap perkataan sia-sia.
Nabi Muhmmad pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai jalan selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran Islam.
Rasulullah pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka. Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu mulut dan kemaluan. Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah. Anas bin Malik pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah yang menyebutkan bahawa tidaklah teguh seorang hamba sehingga teguh hatinya, dan tidaklah teguh hatinya sehingga teguh lidahnya, Dan tidak masuk syurga, orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya. Oleh itu, Islam menganjurkan kata-kata yang memberi faedah atau diam kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.
Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.
Sabdanya yang bermaksud :
“Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar.
Firman Allah yang bermaksud ;
“Tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)
Antara bahaya lidah adalah berkata tentang sesuatu yang tidak penting kerana ia mensia-siakan waktu dan menyebabkan dirinya dihitung. Modal seorang manusia adalah waktu-waktunya. Apabila ia menggunakan untuk sesuatu yang tidak penting dan bernilai, nescaya ia telah mensia-siakan modal pokoknya. Kerana itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yng tidak penting baginya.” (riwayat Turmizi dan Ibn Majah)
Pengertian ‘meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya’ adalah diutamakan di dalam perkara meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang tidak berfaedah aau meninggalkan percakapan yang boleh menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan. Termasuk perkataan yang tidak penting adalah menanyakan kepada seseorang tentang sesuatu yang tidak penting atau memanjangkan perbicaraan dan kata-kata dengan maksud agar kelihatan lebih akrab atau sekadar mengisi masa lapang dengan menceritakan hikayat-hikayat yang tidak memberi manfaat kecuali sekadar mengubah suasana hening.
Berlebihan dalam bicara juga termasuk daripada sifat tercela. Ia bermaksud menambah perbicaraan melebihi kadar keperluan. Orang yang menganggap penting sesuatu perkara, maka ia menyebutkan dengan perkataan yang ringkas dan padat. Apabila dengan sepatah kata sesuatu yang dimaksudkan telah diperolehi, maka kata yang kedua merupakan berlebihan. Walaupun perkataan yang berlebihan itu tidak dapat didefinisikan dengan sesuatu batasan, namun batasan yang pokok telah termaktub dalam firman Allah yang bermaksud :
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.” (Al-Nisa’, ayat 114)
Antara bahaya lidah juga ialah mengeluarkan perkataan yang batil dan keji seperti membincangkan urusan maksiat, menceritakan kisah-kisah lucah, tempat-tempat minuman keras dan tempat orang-orang fasiq. Perkara tersebut perlulah dihindari oleh umat Islam. Di samping itu, pertengkaran juga termasuk perbuatan tercela yang biasanya terjadi akibat perdebatan dan perbantahan. Keburukan perdebatan dan bantahan itu kerana ia rasa untuk menampakkan ilmu dan kelebihan diri dan rasa untuk menjatuhkan orang lain dengan menampakkan kekurangan lawannya. Apatah lagi sekiranya berlaku di kalangan cerdik pandai kerana perdebatan merupakan saat bodohnya orang alim dan di saat itu syaitan mengharapkan tergelincirnya. Rasulullah sering mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud :
“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)
Orang Islam sentiasa memelihara lidah dengan menjauhi perkataan keji. Diriwayatkan oleh Turmizi bahawa nabi bersabda yang bermaksud :
“Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Islam juga melarang seseorang itu mengutuk dengan menggunakan perkataan laknat, kemurkaan Allah dan neraka jahanam. Tdaklah sesuatu bangsa dan kaum yang kutuk mengutuk melainkan mereka akan menangung akibat perkataannya. Mengutuk kepada binatang juga adalah tercela. Nabi pernah melalui satu tempat dan mendengar seorang wanita sedang mengutuk untanya, lalu Rasulullah melarang perkara tersebut. Berdasarkan penyataan di atas, Islam sama sekali melarang umatnya mengutuk orang lain walaupun dalam apa jua keadaan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain berbuat fasiq atau kufur tanpa ada bukti. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“ Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini melarang orang Islam mengkafirkan orang lain padahal ia mengerti bahawa orang tersebut orang Islam. Sekiranya orang itu melakukan bidah atau maksiat, maka perkara itu bukan termasuk dalam kategori mengeluarkannya daripada agama Islam. Rasulullah juga melarang orang Islam memaki orang yang telah mati. Bagi orang yang telah meninggal dunia perlulah menyebut kebaikan-kebaikan yang ada padanya.
Dalam ajaran Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke dalam neraka seperti kata-kata yang membawa kukur seperti menghina Allah dan para nabi. Ajaran Islam mernhendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiayaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memelihara lidah dan tangannya. Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”
Dari perspektif ajaran Islam, percakapan yang baik adalah percakapan atau perbualan yang membawa kepada mengingat Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Oleh itu, umat Islam perlu memelihara lidahnya dari melakukan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Jalan selamat dalam memelihara lidah adalah membanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan mempelajari ilmu. Dengan itu, lidah akan mengangkat seseorang itu menjadi mulia dan membawa kejayaan kepada tuannya apabila digunakan pada jalan yang betul dan benar.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan