Negara Mesir mengamalkan dasar luar negara yang positif iaitu berdamai dengan Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW.
Sebagai tanda persehabatan, pemerintahan Mesir menghantar seorang pakar perubatan [doktor] dengan baik supaya berkhidmat di Madinah yang bernama Maqauqis [ beragama kristian]. Dia adalah pengawai pinjaman selama dua tahun.
Selama dua tahun berkhidmat di sana tidak pernah didatangi oleh pesakit. Apa perasaan anda, jika anda seorang dokor ? Gembira atau bosan . Andai kata anda menerima gaji setiap bulan. Adakah ini dikata gaji buta ? bagaimana kemahiran yang anda selama dua tahun itu? Dia merasa bosan dengan keadaan itu lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.
Dia bertanya kepada Nabi Muhammad SAW ;
“Tuan, sudah dua tahun saya bertugas di bandar ini, tetapi belum pernah ada sesiapa datang meminta rawatan. Adakah penduduk bandar ini takut dengan doktor?’
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“ Tidak, tidak. Dengan musuh pun mereka tidak takut, apatah lagi dengan doktor”
Doktor Mesir bertanya;
“ Habis, mengapa sudah dua tahun tiadak ada siapa datang meminta ubat daripada saya ?
Nabi Muhammad SAW menyatakan;
“ Sebab penduduk bandar ini tidak ada yang sakit”
Penjelasan dari Nabi Muhammad SAW menyebabkan doktor Mesir itu kurang percaya.
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Pergilah periksa sendiri”
Doktor Mesir itu pergi berjalan-jalan ke semua ceruk dan penjuru bandar Madinah untuk mencari-cari kalau ada sesiapa yang sakit namun tidak berjumpa kemudian Doktor Mesir tersebut kembali berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW .
Doktor Mesir bertanya;
“Apakah rahsia kesihatan penduduk madinah?’
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“kami adalah bangsa yang tidak makan selagi belum lapar, Apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang, kami hanya makan apa yang halal dan apa yang baik. Dan kami makan untuk takwa bukan untuk menjamu selera”
Dari Buku: cerita Motivasi untuk Pemimpin
Penerbit: PTS Publication & Distibutors Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan