PANDUAN KEBESARAN SELAWAT
[200 sifat Rasululah dan sifat Tubuh badannya]
Penerbit: Pustaka Al Syaibli
Saidina Ali berkata “Kami pertama kamu memandang Rasulullah SAW pasti kamu merasa terpesona”
Saidana Ali pernah berkata “ wajahnya [Rasulullah SAW] tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat”
Saidina Jabir bin Sambra “ Aku pernah sekali melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan dan aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari Rasulullah SAW bahawa Rasulullah SAW juah lebih cantik dari sinaran bulan”
Abu Harairah berkata “ Rasulullah SAW, umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki yang lebih tampan dari Rasulullah SAW”
Berkata ibu saudara Qarsafa “ Aku belum pernah memelihat lelaki yang lebih kacak dari Rasulullah SAW, aku melihat cahaya memancar dari lidahnya”
Kaab bin Malik menyatakan “ Apabila Rasulullah SAW merasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui bahawa Rasulullah SAW rasa gembira”
Rab’ee anak perempuan Muawwaz berkata “ seandainya kamu melihat Rasulullah SAW, kamu akan merasa seolah-olah kamu sedang melihat matahari terbit”
Bara’ bin Azib menggambarkan “ wajahnnya [Rasulullah SAW] seperti bulan purnama, Dahinya luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya, urat darah kelihatan di antara kedua kening itu dan nampak semakin jelas ketika sedang marah”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan