Kami telah mendatangi Amru bin Al-Ash pada masa dia sedang menghadapi maut. Amru menangis panjang Sekali. lalu memalingkan wajahnya ke arah tembok, maka puteranya memujuknya dengan berkata:
“Wahai ayah!, apa menyebabkan kau menagis begini? Bukankah Rasullullah saw telah menggembirakanmu dengan begini dan begini?”
Maka Amru menarik wajahnya semula kepada puteranya sambil berkata:
“sebaik-baik yang dikira iaitu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melain Allah dan Bahawasanya Muhammad itu Rasul Allah, Sesungguhnya aku kini sedang menghadapi tiga perkara”
Puteranya bertanya:
“Apa dia, wahai ayah! “
Amru berkata:
“ Suatu masa dahulu, aku mendapati diriku sangat benci kepada Rasulullah saw, tiada seorang yang membencinya lebih daripadaku. Aku sentiasa bercita-cita untuk menangkapnya lalu aku dapat membunuhnya. Maka kalaulah aku mati pada ketika itu,niscaya aku akan menjadi dari isi neraka. Tetapi apabila Allah telah meletakkan cahaya Islam di dalam hatiku,aku pun tergesa-gesa datang menemui Rasullulah saw lalu berkata kepadanya: Hulur tanganmu untukku memberikan taat setiaku kepadamu! Maka Rasullullah pun menghulurkan tangan kanannya! Maka berkata Rasullullah: “Hai Amru! Mengapa kau tidak menghulurkan tanganmu?”
Aku menjawab:
“Aku masih ada syarat untuk itu,”
Rasulullah berkata:
“Syarat apa?”
Kataku:
“Agar aku diampunkan dari segala dosa-dosaku!”
Rasulullah berkata:
“Tidakkah kau tahu, wahai Amru bahawa Islam itu menghapuskan segala yang sebelumnya dan hijrah juga menghapuskan segala yang sebelumnya dan amalan haji juga menghapuskan segala yang sebelumnya?”
Berkata Amru lagi:
“Dari sejak itu, tiada seorang pun yang kucintai lebih daripada Rasulullah saw. dan tiada seorang yang kupandang mulia lebih daripada Rasulullah saw. Aku tidak dapat mengangkat kepalaku dihadapannya kerana kemuliaan dan kebesarannya dalam pandanganku. Jika aku disuruh untuk menyifatkan Rasulullah saw niscaya aku tidak mampu kerana terlalu banyak kelebihan dan keutamaanya. Andaikata aku mati pada seketika itu, niscaya dapat kuharapkan diriku tergolong dari ahli syurga”
Amru terdiam seketika dengan berkata:
“Jika aku mati, maka janganlah ada orang yang menangisiku!, Jika kamu menguburiku maka janganlah ada orang yang menangisiku! dan jika kamu menguburiku, maka ratakanlah tanah kuburanku iu. Kemudian duduklah sebentar di sisi kuburku supaya aku rasa terhibur dengan kamu dan aku lihat apa yang dapat kujawab kepada utusan-utusan Tuhanku iaitu Malaikat Munkar dan Nakir”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan