“Ada seorang Yahudi yang tinggal dan berdagang di Mina, Pada malam ketika Rasullullah dilahirkan, ia berkata di dalam salah satu majlis suku Quraisy,
“Apakah ada di antara kalian bayi yang dilahirkan pada malam ini”
Mereka memjawab:
“Kami tidak tahu”
Yahudi tersebut berkata:
“Lihatlah, wahai pembesar suku Quraisy, carilah apa yang aku katakan ini. Pada malam ini telah dilahirkan nabi umat ini iaitu Ahmad. Di antara kedua punggungnya terdapat tahi lalat yang berbulu”
Mereka bangkit dari majlis dan mereka hairan dengan apa yang dikatakannya. Mereka pulang ke rumah-rumah mereka dan menceritakan demikian itu kepada keluarga mereka. Di antara mereka ada berkata:
“Telah dilahirkan pada malam ini seorang anak dari Abdullah bin Abdul Muthallib san diberi nama dengan Muhammad”
Mereka mendatangi orang yahudi tadi ke rumahnya dan berkata:
“Kami telah mengetahui bahawa orang bayi telah lahir dari kalangan kami”
Yahudi berkata:
“Apakah setelah pemberitahuanku atau sebelumnya?”
Mereka berkata:
“sebelum itu dan namanya adalah Ahmad.”
Yahudi berkata:
“Bawa aku ke sana”
Mereka berangkat bersamanya dan mendatangi Aminah dan Aminah mengeluarkan bayi itu kepada mereka. Yahudi itu melihat tahi lalat di punggung bayi itu. Dia terus pingsan kemudian sedar kembali.
Mereka bertanya:
“Ada apa denganmu?”
Yahudi berkata:
“Kenabian telah hilang dari bani Israil. Al-Kitab telah pergi dari tangan mereka. Tertulis bahawa dia akan menerangi mereka dan membinasakan para pendeta mereka. Bangsa Arab menjadi unggul dengan Kenabian. Apakah kelian bergembira dengan ini. Wahai Pembesar Quraisy ? Demi Allah, mereka akan mencambuk kalian dengan sebenar-benarnya. Berita ini akan tampak dari Timur dan Barat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan